Saturday, September 18, 2010

Biggest Loser Asia Season 2 is coming



Salah satu rancangan kegemaran saya ialah Biggest Loser dan  Biggest Loser Asia Season 2 akan ditayangkan di kaca televisyen pada 21 September 2010 tidak lama lagi. Saya rasa rancangan ini amat memberi inspirasi pada mereka yang berbadan besar untuk mendapatkan bentuk badan langsing dengan cara yang sihat iaitu bersenam. Namun apa yang saya pelajari disini setiap impian memerlukan iktizam yang tinggi. Bersenam setiap hari, memerah keringat hingga sengal2x badan, dipaksa melakukan sesuatu diluar kemampuan seperti berlari mendaki bukit, mengatasi keinginan menahan nafsu makan dalam cabaran dan paling utama setiap minggu dapat menurunkan berat badan secara konsisten.

Gagal menguruskan badan dengan bersenam, ramai mengambil jalan mudah dan cepat dengan mengambil pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan yang berlambakan di pasaran bagi mengembalikan bentuk badan ideal. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Bagi saya kesemua faktor diatas kerana dorongan untuk menguruskan badan dengan cara yang cepat/ memberi kesan pengurangan yang mendadak tanpa memikirkan ubat tersebut tidak bersesuaian dengan organ dalaman badan atau memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang. 

Namun semakin usia menginjak dewasa, saya memilih untuk bersenam dan berfikir untuk mendaftarkan diri di Fitness First Plantinum, Subang Jaya. Oleh kerana tempat kerja berdekatan dengan bangunan Empire, berat badan pun makin berat dengan makanan2x yang menyelerakan disaji di bulan Syawal ni. huhu..bak kata orang jangan bertangguh nak buat perkara berfaedah lagipun nak kelihatan langsing di majlis pertunangan tahun depan. Peserta biggest loser pun berminggu2x dok dalam kampus jauh dari ahli keluarga tersayang semata2x untuk fokus menurunkan berat badan. Insyaallah jika tiada aral melintang bulan Oktober depan saya akan mendaftarkan diri. Jadi kenalah memperuntukkan RM200 sebulan untuk tujuan ni..


No comments: